SEEKOR gajah betina berusia 70 tahun kelihatan cengkung dan kurus kering selepas dipaksa berarak dalam festival kostum sepanjang hidupnya. FOTO AFP
SEEKOR gajah betina berusia 70 tahun kelihatan cengkung dan kurus kering selepas dipaksa berarak dalam festival kostum sepanjang hidupnya. FOTO AFP
Agensi

COLOMBO: Begitu menyedihkan apabila seekor gajah betina berusia 70 tahun kelihatan cengkung dan kurus kering selepas dipaksa berarak dalam festival kostum sepanjang hidupnya.

Daily Mail melaporkan, gajah bernama Tikiri itu akan bersama 60 gajah lain untuk berarak dalam festival di Sri Lanka tahun ini biarpun kelihatan sakit hingga tulang rusuknya kelihatan.

Gambar itu dikongsi oleh Yayasan Selamatkan Gajah sempena Hari Gajah Sedunia yang disambut pada Isnin lalu.

“Tikiri menyertai perarakan dari petang hingga lewat malam dalam tempoh 10 hari berturut-turut dalam suasana bising dengan bunga api serta asap.

“Ia berjalan jauh sehingga beberapa kilometer pada setiap malam supaya orang ramai akan mendapat restu ketika acara itu,” kata yayasan itu.

Perlindungan Haiwan Sedunia menganggarkan terdapat kira-kira 3,000 gajah digunakan untuk tujuan hiburan di seluruh Asia dan 77 peratus daripadanya dilayan dengan kejam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019 @ 12:44 PM