ANTARA 147 pendatang yang terkandas dari sebuah kapal penyelamat berhampiran pulau Itali di Lampedusa, Rome. FOTO AFP
ANTARA 147 pendatang yang terkandas dari sebuah kapal penyelamat berhampiran pulau Itali di Lampedusa, Rome. FOTO AFP
AFP

ROME: Enam negara Kesatuan Eropah (EU) semalam bersetuju menerima 147 pendatang yang terkandas dari sebuah kapal penyelamat berhampiran pulau Itali di Lampedusa, Rome.

“Perancis, Jerman, Romania, Portugal, Sepanyol dan Luxembourg sudah memaklumkan yang mereka mengalu-alukan pendatang berkenaan,” kata Perdana Menteri, Giuseppe Conte dalam surat terbuka kepada Menteri Dalam Negeri, Matteo Salvini yang melarang kapal penyelamat Open Arms dari memasuki perairan Itali.

Conte turut mengutuk Salvini sebagai ‘kolaborasi tidak jujur.’

Dia mengkritik tumpuan obsesif Salvini ke atas dasar imigresen kepada frasa ‘pelabuhan tertutup.’

Salvini bertindak keras terhadap pendatang yang diselamatkan di laut dan hendak dibawa ke Itali, tetapi menganggapnya sebagai bebanan yang tidak adil kerana negaranya adalah pelabuhan pertama pelarian dari beberapa negara.

Awal bulan ini, Salvini menandatangani dikri yang menghalang Open Arms dari perairan Itali, dengan tujuan melindungi ketenteraman awam.

Menjawab pengumuman Conte, Salvini membalasnya di Facebook: “Tumpuan saya adalah untuk melawan segala jenis jenayah, termasuk imigresen sulit. Saya menteri yang mempertahankan sempadan, keamanan, kehormatan dan martabat negara saya.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 12:18 PM