PORTLUCK tidak menyedari van terbabit dinaiki oleh detektif dari Jabatan Polis Daerah Nassau. FOTO Agensi
PORTLUCK tidak menyedari van terbabit dinaiki oleh detektif dari Jabatan Polis Daerah Nassau. FOTO Agensi
Agensi

NEW YORK: Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis tersilap langkah apabila dia menahan sebuah van yang dinaiki oleh sekumpulan detektif di Hicksville, Long Island.

Menurut polis, kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila lelaki terbabit, Valiery Portluck, 25, yang memandu Nissan Sentra berwarna hitam menyalakan lampu kecemasan dan membunyikan hon supaya pemandu memberhentikan van itu.

Dia tidak menyedari van terbabit dinaiki oleh detektif dari Jabatan Polis Daerah Nassau.

News 12 melaporkan, sebaik penumpang van terbabit memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa undang-undang menyebabkan Portluck panik dan cuba melarikan diri.

Dia bagaimanapun berjaya ditahan polis selepas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Ogos 2019 @ 12:44 PM