RIBUAN penunjuk perasaan yang berkumpul di Jayapura, wilayah Papua semalam. FOTO AFP
RIBUAN penunjuk perasaan yang berkumpul di Jayapura, wilayah Papua semalam. FOTO AFP
Reuters

JAKARTA: Polis memburu lebih 250 banduan yang dilaporkan melarikan diri dari sebuah penjara di Papua ketika berlakunya rusuhan di bandar itu semalam.

Reuters melaporkan, penjara di bandar pelabuhan Sorong itu turut menjadi sasaran tindakan ganas penunjuk perasaan yang melakukan bantahan terhadap layanan kasar dan gelaran rasis terhadap penuntut mereka.

Jurucakap berkata, 258 banduan daripada 547 banduan yang ditahan itu berjaya melarikan diri namun ada yang sudah ditangkap semula.

Jurucakap ketua pengarah jabatan pemulihan, Abe Kusmanto berkata penjara itu diserang bersama beberapa bangunan lain.

“Selepas membakar pejabat kerajaan, penunjuk perasaan itu turut menyerang penjara sambil membaling batu dan melakukan provokasi terhadap banduan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Ogos 2019 @ 3:25 PM