GIUSEPPE CONTE
AFP

ROME: Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte semalam berkata, dia akan meletakkan jawatannya dan menyelar Menteri Luar, Matteo Salvini dari parti berhaluan kanan kerana mementingkan diri dengan keluar dari pakatan kerajaan.

“Saya akan menamatkan pengalaman dalam kerajaan di sini. Saya akan bertemu dengan Presiden Sergio Mattarella untuk memaklumkan peletakan jawatan saya,” kata Conte selepas perdebatan di Senat.

“Ia satu tindakan tidak bertanggungjawab dengan menyebabkan krisis kerajaan,” katanya selepas Salvini memulakan usahanya untuk membubarkan kerajaan sekali gus mengadakan pilihan raya umum dan meneruskan cita-citanya menjadi perdana menteri.

Perbalahan antara antara kedua-dua pemimpin itu berlarutan sejak seminggu lalu susulan keputusan Salvini untuk membawa partinya keluar dari kerajaan sekali gus menyebabkan ekonomi ketiga terbesar Kesatuan Eropah itu terjerumus dalam pergolakan politik.

Selepas Conte mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan, Speaker Senat, Elisabette Casellati meminta Salvini berpindah tempat dari kerusi kerajaan ke tempat duduk senator dari partinya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Ogos 2019 @ 1:00 AM