PENUNJUK perasaan merosakkan kenderaan, hotel dan turut membakar bangunan. -Foto EPA
Agensi

TIMIKA, Papua: Seramai 20 orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam rusuhan di Parlimen Mimika di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, penunjuk perasaan merosakkan kenderaan, hotel dan turut menyekat lalu lintas dengan membakar kayu dan meletakkan batu.

Rusuhan tercetus apabila penunjuk perasaan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman di perkarangan parlimen pagi ini.

Tiba-tiba, sekumpulan individu melemparkan batu ke arah polis, lapor Detiknews.

Penunjuk perasaan turut membaling batu ke sebuah hotel yang terletak kira-kira 500 meter dari parlimen menyebabkan premis terbabit dan sebuah kenderaan rosak.

Ketua Polis Mimika, Agung Marlianto berkata, polis berjaya mengawal keadaan dan tiada kecederaan berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Ogos 2019 @ 6:40 PM