X
JOKO Widodo.
JOKO Widodo.
Reuters

JAKARTA: Kerajaan Indonesia memilih Kalimantan Timur di Borneo sebagai ibu negara baru, kata Menteri Perancangan Tanah, Sofyan Djalil hari ini.

Laman web berita Detik.com memetik kenyataan Djalil yang berkata lokasi khusus belum ditentukan lagi.

Beliau berkata, kerajaan mempunyai 3,000 hektar tanah di wilayah itu untuk fasa pertama pembangunan.

Media Indonesia membuat spekulasi Presiden Joko Widodo mungkin memilih Bukit Soeharto atau Samboja sebagai pusat pentadbiran baru.

Kos pemindahan pusat pentadbiran termasuk bangunan pejabat baru dan kediaman untuk 1.5 juta kakitangan dijangka menelan perbelanjaan sebanyak AS$33 bilion (RM138.13 bilion).

Menurut Bappenas, proses pemindahan ke Kalimantan Timur akan bermula menjelang 2024.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 8:39 PM