GAMBAR hiasan.
Agensi

NEW DELHI: Kementerian Kesihatan India mencadangkan rokok elektronik diharamkan selain hukuman penjara maksimum penjara tiga tahun dikenakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang baru itu.

Portal India Today melaporkan, kerajaan mengeluarkan arahan eksekutif untuk mengharamkannya bagi memastikan ia tidak menjadi epidemik di kalangan kanak-kanak serta remaja.

“Rokok elektronik dan teknologi seumpamanya yang menggalakkan penggunaan tembakau atau memberi kesan terhadap orang awam amat berbahaya kepada pengguna aktif mahupun pasif,” kata kementerian menerusi dokumen dilihat oleh Reuters mengenai kemungkinan cadangan itu akan dipertimbangkan oleh kabinet.

Berdasarkan draf arahan eksekutif itu, mereka mencadangkan penjara maksimum tiga tahun dan penalti sehingga 500,000 rupee (RM29,254) untuk kesalahan kedua bagi undang-undang baru terbabit,

Pesalah kali pertama berdepan hukuman penjara hingga setahun dan denda 100,000 rupee (RM5,850).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Ogos 2019 @ 5:29 PM