GAMBAR Hiasan. FOTO AFP
GAMBAR Hiasan. FOTO AFP
AFP

RIYADH: Arab Saudi memintas enam peluru berpandu yang dilancarkan pemberontak Houthi di Yaman ke bandar selatan Jizan, hari ini.

Pakatan tentera diketuai Riyadh dalam kenyataannya menerusi Agensi Saudi Press berkata, peluru berpandu itu mensasarkan orang awam di Jizan.

Tiada kerosakan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu.

Stesen televisyen milik Houthi, Al-Masirah melaporkan, kumpulan itu melancarkan 10 ‘Badr 1’ peluru berpandu balistik yang mensasarkan pesawat tentera dan helikopter Apache di lapangan terbang Jizan.

Awal pagi ini, pakatan dalam kenyataannya berkata, satu dron Houthi yang dihantar ke markas utama tentera di bandar Khamis Mushait berjaya ditembak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Ogos 2019 @ 10:36 AM