SISTEM pertahanan udara Iron Dome di Bet Hillel di Israel. FOTO AFP
SISTEM pertahanan udara Iron Dome di Bet Hillel di Israel. FOTO AFP
AFP

JERUSALEM: Tiga roket dilancarkan dari Gaza ke selatan Israel, hari ini.

Tentera Israel dalam kenyataannya berkata, dua roket dipintas oleh sistem pertahanan udara Iron Dome.

Menurut Majlis Daerah Sha’ar HaNegev, satu roket terjatuh ke kawasan terbiar dan mencetuskan kebakaran.

Konsert anjuran sebuah pesta muzik di bandar Sderot dihentikan susulan bunyi siren.

Sejak awal bulan ini, terdapat peningkatan dalam serangan roket dan percubaan orang Palestin memasuki Israel dari Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Ogos 2019 @ 11:02 AM