KETUMBUHAN seberat 25 kilogram dari ovari seorang wanita berusia 59 tahun.
KETUMBUHAN seberat 25 kilogram dari ovari seorang wanita berusia 59 tahun.
Agensi

MOSCOW : Sekumpulan doktor di Russia berjaya mengeluarkan ketumbuhan sebesar bola dengan berat 25 kilogram dari ovari seorang wanita berusia 59 tahun.

Menurut Daily Mail, wanita terbabit dikejarkan ke Hospital Bandar Moscow kerana mengadu sakit dan sukar bernafas sebelum doktor mengesan ketumbuhan itu dan melakukan pembedahan diketuai Dr Dmitry Aryutin.

Beberapa gambar di dewan pembedahan menunjukkan doktor terbabit mengeluarkan ketumbuhan bersaiz gergasi itu lalu memasukkan ia ke dalam tong.

Menerusi satu video, doktor terbabit sempat meraikan kejayaan mereka selepas berjaya mengeluarkan ketumbuhan itu.

Pesakit terbabit dikatakan kini semakin pulih selepas melalui pembedahan itu namun ia bukanlah ketumbuhan paling besar yang pernah direkodkan setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Ogos 2019 @ 12:30 AM