TOPI keledar dipakai Darth Vader dianggarkan bernilai antara AS$250,000 (RM1.05 juta) hingga AS$450,000 (RM1.9 juta) dan dijangka mencecah angka itu. FOTO AFP
TOPI keledar dipakai Darth Vader dianggarkan bernilai antara AS$250,000 (RM1.05 juta) hingga AS$450,000 (RM1.9 juta) dan dijangka mencecah angka itu. FOTO AFP
AFP

LOS ANGELES: Topi keledar dipakai Darth Vader dalam filem The Empire Strikes Back yang dianggarkan bernilai AS$500,000 (RM2.11 juta) antara koleksi harta Hollywood yang akan dilelong bulan depan.

Topeng dan topi keledar yang dipakai pelakon David Prowse dalam filem blockbuster Star Wars pada 1980 dianggap artifak penting dalam fiksyen sains, kata penganjur lelong.

Jurulelong Profiles in History, Zach Pogemiller berkata, koleksi itu dianggarkan bernilai antara AS$250,000 (RM1.05 juta) hingga AS$450,000 (RM1.9 juta) dan dijangka mencecah angka itu.

“Star Wars masih popular sampai sekarang kerana francais filem itu terus berdiri kukuh,” katanya.

Acara lelong Icons and Legends of Hollywood akan berlangsung pada 25 dan 26 September ini di Los Angeles membabitkan hampir 1,000 barangan yang dijangka mencecah jualan lebih AS$10 juta (RM42.24 juta).

Koleksi berharga lain termasuk gaun dipakai pelakon Judy Garland dalam filem klasik The Wizard of Oz dan prototaip kenderaan angkasa dicuri James Bond dalam Diamonds Are Forever.

Barangan yang dijangka menarik perhatian serta adalah gaun yang diperagakan Kate Winslet dalam Titanic.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Ogos 2019 @ 11:59 AM