Skip this ad x
LEBIH 30 penumpang disahkan terperangkap dalam kebakaran kapal berkenaan. FOTO Mail Online
AFP

LOS ANGELES: Lebih 30 penumpang terperangkap susulan kebakaran dalam sebuah kapal di luar pantai California, kata Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS).

“Sekumpulan anggota kru diselamatkan manakala seorang mengalami cedera ringan dan usaha diteruskan dengan memindahkan baki penumpang,” tulis Pengawal Pantai dalam Twitter.

Katanya, pihaknya menggerakkan beberapa aset menyelamat yang turut disertai aset agensi tempatan untuk membantu mereka yang masih terperangkap di atas bot bersaiz 22 meter, berhampiran Santa Cruz di luar pantai Los Angeles.


USAHA memadam api marak dalam kebakaran sebuah kapal di luar pantai California. FOTO Mail Online

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 September 2019 @ 10:15 PM