LAMAN web Wikipedia tidak dapat diakses di beberapa negara akibat serangan siber hari ini. FOTO AFP
AFP

WASHINGTON: Laman web rujukan, Wikipedia tidak dapat diguna di beberapa negara selepas menjadi sasaran serangan siber, hari ini.

Pelayan milik Yayasan Wikimedia yang juga hos laman web itu mengalami serangan penafian perkhidmatan teredar atau ‘denial-of-service’ (DDoS), kata akaun Jerman organisasi itu.

Dalam satu kenyataan berasingan, Yayasan Wikimedia berkata, serangan terhadap ensiklopedia Web itu masih berterusan dan pasukannya berusaha memulihkan agar ia dapat diakses.

Wikimedia mengutuk serangan itu dan berkata, ia mengancam hak setiap orang untuk mengakses dan berkongsi maklumat dengan bebas.

Beberapa laman web popular lain termasuk Twitter, Facebook dan Google turut menghadapi serangan siber sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 September 2019 @ 11:22 PM