Keadaan Lamborghini Diablo selepas terlibat dengan kemalangan. FOTO Agensi
Keadaan Lamborghini Diablo selepas terlibat dengan kemalangan. FOTO Agensi
Agensi

SYDNEY: Seorang lelaki hanya mampu menangis selepas kereta mewah jenis Lamborghini Diablo yang baru dibelinya musnah selepas terbabit dalam satu kemalangan di sini.

Mail Online melaporkan, kereta berharga kira-kira AS$500,000 (RM2.1 juta) yang dipandu lelaki itu dilaporkan hilang kawalan sebelum terbabas ke satu kawasan semak di Fowler Road, Illawong, selatan Sydney semalam.

Apa yang menyedihkan, kereta yang baru dibeli lelaki itu rosak teruk dan tidak boleh dibaiki lagi.

Bagaimanapun, pemandu kereta itu dan penumpangnya selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang saksi memberitahu Daily Telegraph, kereta berkenaan hilang kawalan sebelum terbang dan termasuk ke dalam satu kawasan semak di tepi jalan.

“Ketika kereta itu ditarik keluar, pemandu kereta itu menangis sambil berkata, “Ia kereta baru, ia kereta baru,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 September 2019 @ 12:47 PM