PIHAK berkuasa Indonesia menahan 85 orang berkait rusuhan ganas di Papua.
PIHAK berkuasa Indonesia menahan 85 orang berkait rusuhan ganas di Papua.
AFP

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menahan 85 orang yang mempunyai kaitan dengan rusuhan ganas di Papua sejak beberapa minggu lalu.

AFP melaporkan, ribuan warga Papua melakukan rusuhan di seluruh wilayah itu yang dipercayai berpunca daripada serangan perkauman selain berlaku pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Berdasarkan angka rasmi yang dikeluarkan, rusuhan itu menyebabkan lima penunjuk perasaan dan seorang tentera maut namun beberapa aktivis mendakwa angka kematian orang awam lebih tinggi.

.

Menurut polis, mereka menahan individu terbabit sejak rusuhan bermula pada pertengahan bulan lalu dan masih memburu lagi 20 suspek.

Beberapa suspek turut ditahan di beberapa bahagian lain di negara itu dan mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang peguam terkemuka dan aktivis hak asasi yang didakwa menyebarkan berita palsu mengenai rusuhan itu di akaun media sosial.

Pihak berkuasa turut menuduh Pengerusi Pergerakan Pembebasan Bersatu Papua Barat, Benny Wenda menyemarakkan api rusuhan untuk menarik perhatian dunia bagi mengadakan pilihan raya pembebasan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 September 2019 @ 9:04 PM