GAMBAR hiasan.
AFP

LUBUMBASHI: Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh selepas sebuah kereta api tergelincir di wilayah tenggara Republik Demokratik Congo (DRC), menurut Menteri Hubungan Kemanusiaan, Steve Mbikayi.

Menurut Mbikayi, kemalangan terbabit berlaku sekitar 3.00 pagi (waktu tempatan) di Tanganyika berdekatan Mayibaridi dan angka kematian sebenar belum disahkan, katanya menerusi Twitter.

Kereta api di DRC mempunyai rekod teruk berkaitan aspek keselamatan terutama landasan tidak elok dan lokomotif tua yang masih digunakan sejak 1960-an.

Pada Mac lalu, sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dan 31 lain cedera apabila kereta api pengangkut membawa penumpang secara haram, terhempas di Kasai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 September 2019 @ 9:13 PM