BOT Royal Vashishta membawa 63 penumpang karam.
AFP

NEW DELHI: Tiga ditemui mati lemas dan 44 lagi hilang selepas sebuah bot yang membawa pelancong terbalik di sebuah sungai di selatan India hari ini, kata polis.

Bot Royal Vashishta membawa 63 penumpang, majoritinya pelancong ke tempat berkelah popular berhampiran Rajahmundry di negeri Andhra Pradesh di selatan India.

Jurucakap polis, Adnan Nayeem Asmi berkata, pasukan penyelamat termasuk penyelam dan sebuah helikopter menyusuri sungai mencari mangsa yang terselamat.

“Setakat ini tiga mayat ditemui dan 16 orang diselamatkan,” katanya.

Media tempatan melaporkan, arus di sungai Godavari lokasi kejadian bot karam berkenaan dilaporkan deras sejak seminggu lalu akibat hujan lebat.

Membawa penumpang berlebihan dan langkah keselamatan yang lebih sering menjadi punca bot atau feri karam di India.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 9:16 PM