KEBANYAKAN harimau mati akibat virus yang melemahkan haiwan terbabit akibat tekanan dialami selepas dipindahkan. FOTO Agensi
Agensi

BANGKOK: Lebih separuh daripada 147 harimau yang diselamatkan dari kuil Buddha yang mencetuskan kontroversi di Thailand kira-kira tahun lalu, dilaporkan mati, kata pihak berkuasa.

BBC melaporkan, sebanyak 86 ekor haiwan itu mati sejak dipindahkan dari kuil Wat Pha Luang Ta Bua yang terkenal sebagai kawasan tumpuan pelancong, Tiger Temple pada 2016.

Pihak Jabatan Taman Negara Thailand berkata, kebanyakannya mati akibat virus yang melemahkan haiwan terbabit akibat tekanan dialami selepas dipindahkan.

Bagaimanapun, pengurusan kuil menafikan dakwaan melakukan penderaan, penyeludupan dan pembiakan harimau secara haram ketika berada di bawah jagaan mereka.

Kuil itu ditutup kepada orang awam pada 2016 dan masih berdepan dengan beberapa kes di mahkamah.

Sejak diserbu polis, semua harimau terbabit ditempatkan di dua stesen pembiakan berhampiran wilayah Ratchaburi namun dikatakan mempunyai peluang tipis untuk hidup di hutan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 12:12 PM