Shyam Lal Yadav mengalami kecederaan di bahagian kepala yang dikatakan menjadi punca kepada ketumbuhan berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

NEW DELHI: Seorang petani berusia 74 tahun yang mempunyai ‘tanduk’ sepanjang 10 sentimeter di kepala berjaya menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu di Sagar, India.

Menurut Daily Mail, lelaki terbabit, Shyam Lal Yadav yang tinggal di kampung Rahli, Madha Pradesh sebelum itu mengalami kecederaan di bahagian kepala yang dikatakan menjadi punca kepada ketumbuhan berkenaan.

Ketumbuhan yang kelihatan seperti tanduk itu membesar dengan cepat dalam tempoh lima tahun sebelum dia mendapatkan bantuan perubatan menerusi pembedahan di Hospital Bhagyoday Tirth.


Shyam Lal Yadav berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sepanjang 10 sentimeter di kepala. FOTO Agensi

“Pesakit ini cedera di kepala lima tahun lalu sebelum ketumbuhan ini mula membesar. Pada mulanya dia tidak mengambil serius selain meminta tukang gunting memotongnya.

“Apabila semakin membesar, dia mendapatkan rawatan di hospital. Sebenarnya ketumbuhan ini boleh dibuang menggunakan pisau cukur yang sudah disteril kerana ia adalah keratin namun punca sebenar perlu dirawat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 September 2019 @ 11:55 AM