SANCHEZ ketika sesi soal jawab Parlimen. FOTO AFP
Reuters

MADRID: Rakyat Sepanyol kecewa dan marah semalam selepas diberitahu satu lagi pilihan raya umum akan diadakan sekali lagi, yang keempat dalam tempoh empat tahun.

Sepanyol berdepan krisis politik sejak parti sosialis menang dalam pilihan raya umum pada April lalu tetapi kekurangan kerusi untuk membentuk kerajaan.

Pemangku Perdana Menteri, Pedro Sanchez gagal mendapatkan sokongan dari parti lain untuk membentuk kerajaan campuran.

Kerana tiada pilihan, Sanchez pada malam Selasa lalu mengumumkan pilihan raya umum yang baru pada 10 November ini.

Pengumuman itu menyebabkan rakyat Sepanyol marah dan ramai menyatakan untuk tidak mahu keluar mengundi kerana sudah bosan.

“Buat kali pertama, saya rasa saya tidak akan mengundi,” kata seorang pengurus berusia 47 tahun, Ruben.

Penduduk yang merancang untuk mengundi juga memberitahu mereka semakin bosan.

“Saya akan mengundi tetapi saya bosan dan letih dengan situasi ini yang berpunca daripada ahli politik yang mementingkan diri sendiri,” jelas Luis Delgado.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 September 2019 @ 11:59 PM