TAUFAN Humberto melanda kepulauan Bermuda pada jam 9 malam waktu tempatan dengan kelajuan angin pada maksima 195 kilometer sejam. FOTO AFP
Agensi

HAMILTON: Taufan Humberto memutuskan bekalan elektrik ke hampir 16,000 kediaman dan premis perniagaan di Bermuda, semalam.

Terdahulu, pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk supaya tidak menggunakan jalan raya dan membuat persiapan, lapor Reuters.

Taufan Humberto yang diletakkan sebagai ribut kategori 3 akhirnya melanda kepulauan British itu pada malam.

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat yang berpangkalan di Miami melaporkan pusat ribut itu kira-kira 120 kilometer di utara Bermuda.

Ia melanda kepulauan itu pada jam 9 malam waktu tempatan dengan kelajuan angin pada maksima 195 kilometer sejam, lapor AFP.

Sementara itu, pihak berkuasa dalam satu kenyataan menjangkakan ribut terbabit tidak akan menyebabkan kerosakan teruk. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 September 2019 @ 11:21 AM