ANTON (kiri) bertindak terjun dari apartmen yang didiaminya akibat kerap didera ibu bapanya. FOTO Mail Online
Agensi

KIEV: Kerana tidak tahan sering didera ibu bapanya sendiri, seorang budak lelaki berusia lapan tahun bertindak terjun dari tingkat sembilan apartmen yang didiaminya.

Budak lelaki itu yang dikenali sebagai Anton maut selepas terjun dari tingkap rumahnya di Enerhodar, selatan Ukraine tidak lama selepas pulang dari rumahnya.

Jiran memberitahu akhbar tempatan, mereka mendengar ibu bapa Anton memarahi kanak-kanak itu dan memukulnya kerana baju sekolahnya koyak.

Tidak lama selepas itu, kanak-kanak itu jatuh dari tingkap apartmen.

Menurut laporan media, ibu bapa Anton mengaku memukul anak lelaki mereka itu pada harinya meninggal dunia sebelum mangsa terjun dari tingkap biliknya.

Pasangan itu juga mengaku sering memukul budak lelaki itu kerana nakal.

Selepas wawancara berkenaan, pasangan berkenaan berpindah dari apartmen itu dan berhijrah ke bandar lain.

Pihak polis kini dilaporkan sedang memburu mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 September 2019 @ 1:00 AM