GAMBAR HIASAN
AFP

NEW DELHI: Seorang lelaki warga Australia diberkas selepas disyaki cuba menyeludup dadah amphetamine bernilai AS$2.9 juta (RM12.1 juta) ke Melbourne dari New Delhi, hari ini.

Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat dalam kenyataan di Twitter berkata, Mohamed Umar Turay ditahan pihak berkuasa, ketika membawa tujuh kilogram dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi.

“Dia mahu menaiki pesawat Air India menuju ke Melbourne.

“Dadah itu ditemui pada bahagian bawah begnya, apabila pegawai yang memeriksa melihatnya dalam keadaan mencurigakan,” kata seorang pegawai kanan kepada Press Trust of India.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 12:17 AM