KAPAL terbang Lion Air.
AFP

NEW YORK: Pihak berkuasa Indonesia mendapati reka bentuk pesawat Boeing 737 MAX dan kecuaian menyumbang kepada nahas pesawat Lion Air yang terhempas tahun lalu, lapor Wall Street Journal.

AFP yang memetik akhbar itu, laporan siasatan rasmi yang akan dikeluarkan pada awal November depan turut merumuskan kejadian terbabit berpunca daripada kesilapan juruterbang serta isu penyelenggaraan sebelum terhempas hingga meragut 189 nyawa.

Kejadian berlaku pada Oktober tahun lalu sebaik pesawat itu berlepas dari Jakarta.

Model pesawat Boeing itu kemudiannya digantung operasi di seluruh dunia selepas pesawat Ethiopian Airlines 737 MAX terhempas sebaik berlepas dari Addis Ababa pada Mac yang menyebabkan 157 orang maut.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat akan ke Indonesia tidak lama lagi untuk membincangkan laporan terbabit yang mengandungi 100 faktor nahas Lion Air seperti disenaraikan oleh penyiasat Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 11:50 AM