PELAKON GOT ketika Anugerah Emmy ke-71 yang berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles.
AFP

LOS ANGELES: Siri televisyen popular Game Of Thrones (GOT) yang menutup tirainya dengan musim terakhir, diumumkan sebagai Drama Siri Terbaik pada Anugerah Emmy ke-71 yang berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles, semalam.

AFP melaporkan, siri itu turut diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik menerusi pelakon, Peter Dinklage.

Manakala siri Fleabag pula membuat kejutan dengan menyapu bersih anugerah bagi kategori Komedi Terbaik, Pelakon Wanita Komedi Terbaik serta Penulisan dan Pengarahan Terbaik.

Senarai pemenang Anugerah Emmy 2019 :

Drama Siri Terbaik : Game of Thrones (HBO)

Siri Komedi Terbaik : Fleabag (Amazon)

Pelakon Terbaik, Drama : Billy Porter - Pose

Pelakon Wanita Terbaik, Drama : Jodie Comer - Killing Eve

Pelakon Komedi Terbaik : Bill Hader - Barry

Pelakon Wanita Komedi Terbaik : Phoebe Waller-Bridge - Fleabag

Pelakon Pembantu Terbaik, Drama : Peter Dinklage - Game of Thrones

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Drama : Julia Garner - Ozark

Pelakon Pembantu Terbaik, Komedi : Tony Shalhoub - The Marvelous Mrs. Maisel

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 11:55 AM