GAMBAR HIASAN
Reuters

BHUBANESWAR: Seorang lelaki dibunuh sekumpulan individu yang menuduhnya sembelih seekor lembu dalam kejadian di daerah Khunti, semalam.

Jurucakap polis Jharkhand, M.L Meena memberitahu Reuters, kira-kira 10 hingga 15 individu menyerang tiga lelaki yang dituduh menyembelih seekor lembu di hutan.

Kumpulan terbabit memukul lelaki berkenaan tanpa belas kasihan, menyebabkan salah seorang maut.

Seorang mangsa dirawat di hospital manakala seorang lagi cedera ringan.

Meena berkata, polis sudah menahan lapan orang yang dikaitkan dengan kejadian itu dan kes dalam siasatan.

“Kes terbabit diklasifikasikan sebagai membunuh,” katanya.

Penganut Hindu menganggap lembu sebagai suci dan sering kali berlaku serangan terhadap individu yang dituduh membunuh haiwan itu untuk mendapatkan kulit dan dagingnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 7:10 PM