RIBUAN pelajar universiti ketika membuat bantahan di luar Parlimen Indonesia di Jakarta. FOTO Reuters
Reuters

JAKARTA: Ribuan pelajar membuat bantahan di seluruh Indonesia bagi menentang kod jenayah baru yang mengharamkan seks luar nikah dan seks gay, hari ini.

Bantahan tercetus ketika ahli Parlimen bertemu dengan Presiden Joko Widodo bagi membincangkan mengenai rang undang-undang itu.

Pada Jumaat lalu, Widodo menundakan pengundian terhadap rang undang-undang kontroversi terbabit yang sepatutnya diadakan esok.

Beliau ketika bertemu dengan wartawan berkata, sebanyak 14 artikel memerlukan semakan lanjut sebelum dibahas pada penggal baru Parlimen bulan depan.

Di Jakarta, pelajar memanjat pagar Parlimen untuk menggantung kain rentang dan bantahan turut tercetus di beberapa bandar antaranya Yogyakarta dan Makassar.

Pengkritik berkata rang undang-undang itu melanggar kebebasan bersuara dan mendiskriminasi kumpulan minoriti agama, wanita serta golongan LGBT.

Beberapa kumpulan Islam termasuk Nahdlatul Ulama yang dalam kenyataannya berkata perubahan itu menunjukkan karakter dan personaliti rakyat Indonesia.


POLIS antirusuhan berkawal di luar sebuah universiti di Jayapura. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 9:22 PM