NANCY Pelosi
AFP

WASHINGTON: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi berkata, satu siasatan rasmi dilancarkan terhadap Presiden Donald Trump yang cuba mendapatkan bantuan Ukraine untuk menjejaskan pesaingnya dari Parti Demokrat, Joe Biden.

Pengumuman itu dibuat selepas Trump dikatakan cuba memberi tekanan kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky membuka siasatan kes rasuah terhadap Biden dan anak lelakinya, Hunter.

Dia didakwa berkomunikasi dengan Zelensky menerusi satu panggilan telefon pada 25 Julai lalu.

Biden adalah pesaing utamanya dalam pilihan raya umum 2020.

“Tindakan Trump menunjukkan dia mengkhianati sumpah yang diangkat sebagai presiden, keselamatan negara serta integriti pilihan raya.

“Jadi, hari ini saya mengumumkan Dewan akan meneruskan siasatan rasmi,” kata Nancy.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 September 2019 @ 11:17 AM