SEMBILAN mangsa dari Korea Selatan, manakala warga negara tiga pelaut lain tidak diketahui lagi. FOTO: AFP
AFP

SEOUL: Seramai 12 pelaut cedera akibat letupan besar di sebuah kapal tangki minyak yang menyebabkan api tersebar ke sebuah kapal berhampiran di pelabuhan Korea Selatan, hari ini.

Jurucakap bomba memberitahu AFP, seorang mangsa dalam keadaan kritikal dan mengalami kebakaran tahap tiga.

Sembilan mangsa dari Korea Selatan, manakala warga negara tiga pelaut lain tidak diketahui lagi.

Setakat ini, masih belum jelas sekiranya mangsa cedera berada di atas kapal tangki atau kapal kedua yang terbakar.

Menurut jurucakap pengawal pantai, seramai 25 orang di atas kapal tangki yang mengibarkan bendera kepulauan Cayman berjaya diselamatkan.

Seramai 21 orang di kapal kedua turut diselamatkan dan pihak berkuasa kini menyiasat kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 6:29 PM