INDIVIDU yang didapati bersalah boleh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun.
INDIVIDU yang didapati bersalah boleh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun.
Reuters

SINGAPURA: Singapura memperkenalkan undang-undang terhadap penyebaran berita palsu di dalam talian yang akan berkuat kuasa esok.

Kumpulan hak asasi memberi amaran undang-undang itu menghalang kebebasan bersuara manakala parti pembangkang Singapura berkata kerajaan akan diberi terlalu banyak kuasa ketika pilihan raya bakal menjelang.

Individu yang didapati bersalah boleh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Manakala platform media yang gagal mematuhi undang-undang akan dikenakan denda sehingga SGD$1 juta (RM3.02 juta).

Sementara itu, Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak separuh abad lalu berkata, negara berkenaan terdedah dengan berita palsu disebabkan kedudukannya sebagai hab kewangan antarabangsa, penduduk berbilang etnik dan agama serta mudah mengakses internet.

Ahli PAP menepis dakwaan pembangkang yang mengatakan undang-undang itu akan disalah guna kerajaan untuk kepentingan politik.

Singapura dijangka melangsungkan pilihan raya dalam tempoh beberapa bulan akan datang selepas kerajaan pada bulan lalu menubuhkan panel untuk mengkaji semula persempadanan kawasan pilihan raya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Oktober 2019 @ 7:53 PM