BEG pakaian Karn dilihat di dalam imej ini iaitu gambar yang dirakamnya dari tepi tingkat pesawat.
Agensi

BERLIN: Seorang penumpang pesawat Lufthansa terkejut selepas ternampak beg pakaiannya ditinggalkan di atas landasan kapal terbang sebelum ia berlepas dari Munich ke Manchester pada Ahad lalu.

Daily Mail melaporkan, Karn Rateria yang mengenali akan beg pakaiannya itu memberitahu kru penerbangan tetapi dia diingatkan bahawa semua bagasi sudah dimuatkan ke dalam pesawat.

Pesawat itu masih berada di terminal semasa ternampak beg itu, katanya, bermaksud ia tidak perlu kembali untuk mengambil beg pakaiannya.

Disebabkan sikap tidak acuh kru penerbangan, dia mendapat beg pakaiannya kembali selepas hampir 36 jam. Kekecewaannya itu diluahkannya menerusi Twitter.

“Uhm Lufthansa anda meninggalkan beg saya di atas landasan! Saya sudah memberitahu kru dan mereka hanya berkata pemunggahan selesai. Saya dapat melihat beg itu. Dan kita akan berlepas tanpanya. Apa ni? ‘

“Kesalahan itu sangat menjengkelkan kerana saya tiba dua jam lebih awal di lapangan terbang Manchester dan adalah salah seorang penumpang terawal yang masuk ke dalam pesawat,” katanya.

Bagi membalas tweet Karn, syarikat penerbangan Lufthansa menyalahkan kesilapan itu akibat gangguan sistem bagasi di Frankfurt walaupun penerbangan itu berlepas sejauh 321 kilometer dari Munich.

Sebaik sahaja tiba di Manchester, Karn memfailkan aduan bagasi hilang dan beg pakaian itu dihantar menerusi penerbangan lain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Oktober 2019 @ 6:53 PM