KEADAAN tempat kejadian tembak di luar rumah ibadat Yahudi di Halle.
Agensi

BERLIN: Dua terbunuh, seorang daripadanya wanita akibat ditembak di luar rumah ibadat Yahudi di Halle, timur Jerman, hari ini, dan polis sedang memburu beberapa suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian.

Reuters yang memetik portal berita Bild melaporkan, bom tangan turut dilempar terhadap kawasan perkuburan Yahudi.

Kejadian berlaku pada hari Yom Kippur, iaitu hari paling suci dalam agama Yahudi dengan penganutnya berpuasa selama lebih 24 jam.

“Beberapa tembakan dilepaskan dan dua terbunuh.

“Penyerang melarikan diri dari tempat kejadian dengan kenderaan dan kami sedang memburu mereka,” kata kenyataan polis melalui Twitter

Menurut Daily Mail, penyerang berpakaian seragam tentera, melepaskan tembakan menggunakan sub mesingan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Oktober 2019 @ 7:53 PM