FASA pertama serangan darat bermula di Tal Abyad, kawasan yang dikuasai Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG). FOTO REUTERS
AFP

Istanbul: Tentera Turki yang disokong kumpulan pemberontak Syria mula melancarkan serangan darat ke wilayah Syria dalam sebahagian operasi terhadap puak Kurdish, kata kementerian pertahanan semalam.

Jurucakap kumpulan pemberontak proTurki memberitahu AFP, fasa pertama serangan darat bermula di Tal Abyad, kawasan yang dikuasai Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG).

Media Turki melaporkan, pasukan khas dan kenderaan berperisai mengetuai serangan darat dan masuk ke beberapa lokasi di sepanjang sempadan.

“Angkatan Bersenjata Turki dan Tentera Nasional Syria melancarkan operasi darat di timur sungai Furat,” kata Kementerian Pertahanan di Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 12:08 PM