JAMES Brown memanjat bumbung pesawat British Airways.
Agensi

LONDON: Seorang aktivis membuat kecoh selepas memanjat bumbung pesawat British Airways dalam protes perubahan iklim bersama kumpulan Extinction Rebellion di Lapangan Terbang London hari ini.

Mirror Online melaporkan, lelaki yang juga bekas atlet paralimpik, James Brown melakukan tindakan itu dalam cubaan kumpulan terbabit melumpuhkan operasi lapangan terbang selama tiga hari.

Menurut jurucakap lapangan terbang, dia dipaksa turun kira-kira jam 2.30 petang selepas sejam berada di atas bumbung pesawat yang dijadualkan ke Amsterdam itu.

Sebelum itu, penerbangan Aer Lingus ke Dublin terpaksa ditunda lebih sejam selepas kumpulan terbabit melakukan protes dalam pesawat.

Manakala Polis Metropolitan mengesahkan setakat ini mereka sudah menahan beberapa orang daripada kumpulan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 1:54 AM