TIGA kenderaan termasuk yang diletakkan di tepi jalan dihempap jejambat berkenaan. FOTO Agensi
AFP

BEIJING: Tiga terbunuh dan dua cedera di timur China selepas sebuah jejambat runtuh dan menghempap beberapa kenderaan, kata pegawai hari ini.

Video yang dimuat naik di Internet menunjukkan sebahagian besar jejambat di wilayah Jiangsu bergoyang sebelum jatuh dan menghempap kenderaan yang lalu di bawahnya pada malam semalam.

Pihak berkuasa bandar Wuxi berkata, siasatan awal menunjukkan jejambat itu runtuh selepas sebuah trak lebih muatan lalu di atasnya.

Tiga kenderaan termasuk yang diletakkan di tepi jalan dihempap jejambat berkenaan.

Tiga mangsa yang maut berada di dalam dua kenderaan yang sedang bergerak.

Lima kenderaan termasuk dua trak berada di atas jejambat berkenaan ketika ia runtuh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 12:28 PM