REMI FRANCES MILLAR
REMI FRANCES MILLAR
Agensi

CANBERRA: Seorang bayi perempuan mencuri perhatian apabila dia dilahirkan dengan berat hampir enam kilogram (kg) di Hospital Wollongong, selatan Sydney, Australia pada Isnin lalu.

Daily Mail melaporkan, pasangan suami isteri, Emma dan Daniel Millar menyambut kelahiran Remi Frances Millar menerusi pembedahan caesarean ketika usia kandungannya mencecah 38 minggu dan dua hari.

“Dia seperti ahli gusti sumo cilik,” kata ibu berusia 27 tahun itu.

Remi dipercayai menjadi bayi paling berat yang pernah dilahirkan di hospital itu iaitu 5.88 kg sekali gus mengundang kehadiran berpuluh kakitangan dan keluarga pesakit lain yang datang untuk melihatnya.

Bagaimanapun, ia bukanlah kali pertama mereka menyambut kelahiran bayi yang bersaiz gempal kerana anak perempuan mereka yang berusia dua tahun, Willow mempunyai berat 5.5 kg ketika dilahirkan.

Manakala anak lelaki mereka yang kini berusia empat tahun, Ace turut dilahirkan dengan saiz badan lebih besar berbanding biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Oktober 2019 @ 3:24 PM