PAPAN kadbod yang dikirim dalam sesuatu majlis. FOTO/AGENSI
Agensi

Mexico City: Datuk bandar di sebuah bandar di Mexico dikecam selepas menghantar papan kadbod yang mempunyai gambar dirinya di satu majlis yang tidak dapat dihadirinya.

Datuk Bandar Pichuclaco di negeri Chiapas, Moises Aguilar Torres mencetuskan kemarahan penduduk selepas menghantar papan kadbod itu ke satu program kesihatan.

Beberapa gambar orang ramai yang bergambar dengan papan kadbod itu turut tular di media sosial hingga mencetuskan kritikan dan menjadi bahan ketawa.

Penduduk yang menghadiri program itu dilaporkan kecewa kerana tidak dapat mengadu masalah mereka kepada Torres, sebaliknya perlu menulis aduan mereka di sekeping kertas untuk serahkan kepada pegawai perbandaran.

Beberapa penduduk turut memberitahu papan kadbod yang mempunyai gambar Torres pernah `hadir’ di beberapa majlis sebelum ini.

Walaupun dikritik hebat, pejabat datuk bandar cuba meredakan situasi dengan memberitahu tindakan Torres itu adalah sesuatu yang baik.

“Keputusan datuk bandar kita ini adalah untuk kebaikan penduduk dan ini menunjukkan komitmennya,” kata pembantu Torres, Bustamante Maza said.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 10:02 PM