APARTMEN runtuh di Brazil. FOTO/AGENSI
Reuters

SAO PAULO: Beberapa orang dipercayai terbunuh selepas sebuah bangunan kediaman tujuh tingkat di bandar Fortaleza, timur laut Brazil runtuh hari ini.

Pasukan penyelamat memberitahu stesen televisyen GloboNews, setakat ini seorang maut dan tiga lagi ditemui masih hidup.

Bagaimanapun, jumlah sebenar penghuni apartmen berkenaan masih belum diketahui.

Imej televisyen menunjukkan berpuluh-puluh anggota penyelamat memakai baju oren berusaha mencari mangsa dalam timbunan bangunan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Oktober 2019 @ 11:56 PM