GEMPA bumi itu dikesan kira-kira 69 kilometer dari barat daya Davao.
Reuters

MANILA: Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.7 magnitud menggegarkan barat daya bandar Davao di Filipina sebentar tadi.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa bumi itu dikesan kira-kira 69 kilometer dari barat daya Davao.

Bagaimanapun, kesan kerosakan dan korban gempa bumi itu masih belum dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Oktober 2019 @ 8:12 PM