SEBAHAGIAN guru dan pembantu mengadakan demonstrasi di Chicago, Illinois. FOTO: AFP
AFP

CHICAGO: Lebih 32,500 guru dan kakitangan lain bertindak meninggalkan pekerjaan mereka menyebabkan pembelajaran dalam kelas untuk 300,000 pelajar di sini tergendala.

Perselisihan itu bukan sahaja mengenai jumlah pelajar malah guru terbabit mendesak lebih ramai pekerja sosial, jururawat dan pustakawan bagi membantu pelajar sekolah.

Guru turut mendesak kontrak kerja mereka dikurangkan kepada tiga tahun berbanding lima tahun sebelum ini.

Datuk Bandar, Lori Lightfoot, berkata dia kecewa dengan tindakan Kesatuan Guru-Guru Chicago walaupun pihaknya sudah menawarkan satu pakej yang dianggap sesuai.

Kesatuan itu dilaporkan sudah mengadakan perbincangan selama sebulan dengan pasukan Datuk Bandar Chicago tetapi gagal mencapai persetujuan.

Kegagalan itu adalah punca berlakunya mogok pertama golongan guru di bandar raya itu sejak 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 7:17 PM