ANGGOTA keselamatan ketika mengawal keadaan. FOTO/AGENSI
Reuters

KABUL: Sekurang-kurangnya 29 orang maut manakala lebih daripada 100 yang lain cedera selepas bom meletup ketika solat Jumaat di Afghanistan.

Sohrab Qaderi, anggota majlis di wilayah Nangarhar berkata: “Jumlah kematian dijangka meningkat berikutan anggota penyelamat dan orang ramai masih mengeluarkan mayat dari runtuhan.”

Jurucakap gabenor Nangarhar, Attaullah Khogyani berkata, bumbung masjid turut runtuh akibat letupan dan mengesahkan lebih daripada 20 orang maut.

Setakat ini, belum ada kumpulan yang mengakui bertanggungjawab atas kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 8:11 PM