ANGGOTA bomba cuba memadamkan kebakaran di sebuah pasar raya di Valparaiso, Chile. FOTO: AFP
AFP

SANTIAGO: Sekurang-kurangnya tiga maut dalam kebakaran di sebuah pasar raya di sini, awal pagi tadi, berpunca dari rusuhan oleh penduduk yang tidak berpuas hati dengan keadaan sosial dan ekonomi negara itu.

Datuk Bandar Santiago, Karla Rubilar memberitahu wartawan, dua orang rentung manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital, dalam kejadian di pasar raya Walmart yang dirompak dan dibakar.

Kematian itu adalah yang pertama dalam rusuhan yang berlaku selama dua hari apabila penunjuk perasaan membakar stesen metro dan bas serta bertempur dengan polis di bandar dengan jumlah penduduk seramai 7 juta.

Protes itu dicetuskan susulan kenaikan tambang pengangkutan yang diumumkan Presiden Sebastian Pinera tetapi ia digantung semalam selepas orang ramai merusuh.

Namun rusuhan itu berterusan dan meletus di Plaza Italia pada Jumaat lalu dan di luar istana presiden.

Penunjuk perasaan yang turut membakar bas di Santiago menyebabkan perkhidmatan bas dihentikan seketika.

Berita berkaitan

Perintah berkurung di Santiago

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 4:35 PM