API marak dan kepulan asap tebal keluar dari bumbung Pusat Konvensyen Sky City, Auckland. FOTO Agensi
Reuters

WELLINGTON: Bomba berusaha memadamkan kebakaran di Pusat Konvensyen Sky City, Auckland yang masih dalam pembinaan, hari ini.

Kejadian berlaku berdekatan menara Sky City dan rakaman video dimuatnaik saksi di Twitter menunjukkan api marak dan kepulan asap tebal keluar dari bumbung pusat konvensyen itu.

Polis New Zealand dalam satu kenyataan berkata, anggotanya membantu bomba dan pasukan penyelamat di lokasi kejadian.

Namun, belum pasti sekiranya terdapat mangsa yang cedera atau terperangkap dalam bangunan itu.

Ratusan orang termasuk pekerja pembinaan dikeluarkan dari lokasi kejadian, lapor media tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Oktober 2019 @ 10:38 AM