TRUDEAU bersama isteri selepas berjaya pertahan jawatan Perdana Menteri Kanada semalam. FOTO Agensi
Reuters

MONTREAL: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang memimpin Parti Liberal kekal berkuasa dalam pilihan raya semalam, namun akan membentuk kerajaan minoriti.

Liberal mendahului 156 daripada 338 kerusi, sekali gus menjadikan parti itu kekurangan 170 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan majoriti.

Kini, Trudeau perlu bergantung kepada Parti Demokratik Baru (NDP) untuk melaksanakan undang-undang utama.

Meskipun jumlah kerusi yang dijangka menang menurun berbanding pilihan raya 2015, NDP boleh melaksanakan pengaruh penting dalam kerajaan.

Di Kanada, kerajaan minoriti jarang kekal lebih daripada dua tahun setengah.

Menjelang pilihan raya, undian menunjukkan persaingan sengit antara Trudeau dan pemimpin Parti Konservatif, Andrew Scheer.

Parti Konservatif memperoleh 121 kerusi dan keputusan awal menunjukkan mereka memenangi undian popular rakyat.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengucapkan tahniah kepada Trudeau menerusi Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Oktober 2019 @ 3:56 PM