GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

BEIJING: Aplikasi TikTok menurunkan akaun pengguna yang memuat naik video propaganda kumpulan militan Daish, hari ini.

Seorang kakitangan TikTok memberitahu AFP, kira-kira 10 akaun dipadamkan kerana mengandungi video berkenaan.

“Salah satu daripada video berkenaan ditonton puluhan ribu kali,” katanya.

Video berkenaan memaparkan mayat manusia diarak sekitar jalan raya dan anggota Daish membawa senjata api, lapor Wall Street Journal semalam.

Akhbar itu melaporkan sekitar 24 akaun pengguna memuat naik video itu dan sudah dikenalpasti oleh syarikat perisikan media sosial Storyful.

Tahun lalu, TikTok yang dimiliki firma China, ByteDance mendakwa mempunyai kira-kira 500 juta pengguna di seluruh dunia, sekali gus menjadikannya aplikasi sosial paling popular.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Oktober 2019 @ 4:19 PM