SEORANG lelaki maut manakala isterinya cedera serius selepas mereka terjatuh ketika melakukan aktiviti Zipline. FOTO Agensi
AFP 

CAIRNS: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera parah selepas mereka terjatuh ketika melakukan aktiviti Zipline yang setinggi lima tingkat di Queensland, semalam.  

Kejadian berlaku di hutan Daintree dan pasangan suami isteri dari Selatan Australia terbabit dipasangkan tali keselamatan bersama ketika melakukan aktiviti lasak itu. 

Mangsa lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Manakala isterinya yang berusia 48 tahun itu dibawa keluar ke Hospital Cairns menggunakan helikopter. 

Wanita terbabit dilaporkan mengalami kecederaan serius, namun stabil. 

Sementara itu, Perkidmatan Ambulans Queensland mengesahkan wanita itu cedera di bahu, lengan dan pelvis. 

Polis Queensland berkata, kes itu dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Oktober 2019 @ 10:22 AM