PRABOWO Subianto dilantik sebagai Menteri Pertahanan. FOTO AFP
Reuters

JAKARTA: Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo mengumumkan barisan Kabinet baru untuk penggal kedua pada hari ini.

Beliau memilih bekas Menteri Perindustrian, Airlangga Hartarto untuk mengetuai pasukan ekonomi dan mengekalkan Sri Mulyani Indrawati sebagai Menteri Kewangan.

Pemimpin pembangkang, Prabowo Subianto dilantik sebagai Menteri Pertahanan, kata Jokowi pada sidang media di Istana Presiden.

Sementara pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Gojek, Nadiem Makarim dinamakan sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan.

Bekas ketua pengeluar baja negara, Arifin Tasrif menggalas tugas sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Mineral.

Sekutu lama Jokowi, Luhut Pandjaitan, mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim yang turut memantau sektor sumber asli dan pelaburan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Oktober 2019 @ 11:50 AM