FAISAL yang berkhidmat sebagai duta ke Jerman akan menggantikan Ibrahim al-Assaf. FOTO REUTERS
AFP

RIYADH: Raja Salman melantik Menteri Luar baharu semalam, menurut perintah diraja tidak sampai setahun selepas penyandang terdahulu memegang jawatan berkenaan.

Agensi Berita Saudi (SPA) memetik kenyataan perintah diraja melaporkan, Faisal bin Farhan Al-Saud yang berkhidmat sebagai duta ke Jerman akan menggantikan Ibrahim al-Assaf.

Assaf diturunkan pangkat sebagai menteri negeri, menggantikan Adel al-Jubeir pada Disember 2018 iaitu dua bulan selepas pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul, lapor SPA.

Assaf ditahan pada 2017 dalam gerakan anti rasuah, namun dibebaskan kerana tidak melakukan salah laku dan mengetuai delegasi kerajaan ke Forum Ekonomi Dunia di Davos awal tahun ini.

Saud, 45, berkhidmat sebagai penasihat utama di kedutaan Arab Saudi di Washington ketika pembunuhan Khashoggi pada Oktober tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Oktober 2019 @ 11:35 AM