KONTENA yang digunakan untuk menyeludup mangsa. FOTO REUTERS
KONTENA yang digunakan untuk menyeludup mangsa. FOTO REUTERS
Agensi

LONDON: Identiti 39 pendatang yang ditemui mati dalam keadaan beku di dalam kontena berhampiran London kelmarin disahkan kerajaan China sebagai warga negara itu.

Mayat mereka ditemui pemandu yang membuka pintu kontena berkenaan untuk mengambil dokumen ketika berhenti di kawasan industri di Grays, timur London.

Mail Online melaporkan, polis kini menyiasat sama ada pendatang itu diseludup ke Britain oleh sindiket penyeludup manusia di Ireland Utara.

Penyiasat di Essex masih menyoal-siasat pemandu lori berkenaan, Maurice 'Mo' Robinson, 25, dan menggeledah rumah keluarganya di Markethill, Co Armagh.

Polis juga menyiasat sama ada Robinson sedar dia kontena yang dibawanya dari pelabuhan Purfleet mengandungi berpuluh-puluh pendatang.

Terdapat dakwaan alat sejuk beku kontena itu dihidupkan sebelum dia menghubungi talian kecemasan 20 minit kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Oktober 2019 @ 7:18 PM